Monday, January 20, 2020

Bertemu Kembali Blogger 2020

Assalamulaikum et Bonjour,

Baru saja terpanggil untuk melihat kembali blog ini, apa khabar blog ini?
Hidup ini terlalu indah untuk diceritakan supaya memori kita itu segar bugar menatahkan benih yang untuk sang bunga mekar.

Perjalanan hidup ini terlalu panjang, sgt panjang dan ianya dihiasi helai tawa, tangis derita dan dugaan datang yang mencabar keimanan.

Aku terpanggil untuk menulis kembali setelah bertahun-tahun hilang menyepi. Dek kerana tidak terlalu bermadah dan berhelah untuk menulis menyebabkan aku terhenti lama untuk menuntaskan pena yang sudah lama kering.

Tahun 2020 ini kuharapkan ada sinar harapan yang cerah dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Aku yang masih di perjalanan hidup ini terasa tahun ini adalah tahun sukar dan gembira bagi aku. Tahun ini umpama satu ujian yang terpaksa kuhadapi dengan bermacam ragam manusia serta penulisan demi penulisan yang akan ku kecapi. Kerja yang terumbang ambing dan kekurangan hasil dan titik peluh yang bakal menjadi beban kepadaku satu hari nanti.

Perjalanan hidup ini kuharapkan akan lebih bermakna dengan kehadiran orang yang paling aku sayang dalam hidup serta memakai topi burger adalah matlamat yang harus ku tuju. Aku harap berkat sokongan dari orang tersayang, yang rapat mengajar banyak sekali kenangan manis dan harapan yang cerah.

Akhir kata, hanya doa dan air mata yang boleh kutitipkan untuk aku menempuh hari demi hari aku bersama tahun 2020 ini. Kuharapkan ade sinar yang menanti kami serta topi burger yang akan kesarungi dikepala yang hampir gugur rambutnya.

Au revoir