Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan

Assalamualaikum et Bonjour..
Selamat menunaikan rukun islam kiter yer..tp rukun2 lain kene gak buat..kannn so kepada muslimin dan muslimah marilah kite panjatkan kesyukuran kiter kerana bertemu lg pada bulan ramadhan..sesetengah org da x jumpa da ramadhan huhu sedey kan..haaaa bulan ni la bulan kiter nak dapa ganjaran pahala yg besar dan diampunkan dosa-dosa kiter yg lalu..marilah kiter same-same merebut peluang ini ok..mcm org rebut peluang nak dapat kete first ker dapat iphone 4 yg first ker..so kiter jd la org first yg merebut peluang hehehee


Solat Terawih

Selalunyer ape yg aku nengok kebelakangan ni biler masuk jer bulan ramadhan org pg sembahyang terawih. Mula-mula penuh giler ah masjid tu tp ari demi ari org yg pegi solat terawih semakin kurang..agaknyer x sabar nak sambut raye kot sibuk beli baju raye ker langsir raye ker..ker kuih tunjuk2 ke kan..hehe..Tapikan Allah SWT bg ganjaran yg bnyak buat org semayang terawih ni..huish memang bnyak tiap2 hari Allah SWT bg ganjaran pada bulan yg mulia yg dtg hanya setahun sekali saje..so mari kiter manfaatkan bulan ramadhan ni..berikut adelah ganjaran yg Allah SWT bg kat kiter kalo kiter sembahyang terawih haaaa mari kiter lihat:

Malam : 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam : 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam : 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam : 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam : 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam : 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam : 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam : 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam : 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam : 10 Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam : 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam : 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam : 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam : 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam : 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam : 16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam : 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam : 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam : 19 Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam : 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam : 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam : 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam : 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam : 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam : 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam : 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam : 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam : 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam : 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam : 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makan!"

No comments:

Post a Comment